Sunday, October 10, 2010

Kerabu Mangga Terakhir

kadang-kadang aku cuba lari, lari dari realiti.cuba untuk tidak mengatakan beliau telah pergi.tetapi Allah lebih menyayanginya.tak salah untuk aku mengatakan yang aku lebih rapat sama beliau berbanding cucu-cucu yang lain.Alhamdulillah aku sempat meluangkan masa bersama beliau.rasa masakan beliau.makan kerabu mangga buatan air tangan beliau.berbuka bersama beliau.teman beliau ke sana ke mari.urut beliau semasa lelah.walaupun tak seberapa.walaupun sekejap.dan walaupun kadang-kala terlintas yang aku terlambat untuk bersamanya.aku tetap bersyukur.dan sekarang semua tak akan seperti dulu...


beliau seperti tidur pada hari-hari biasa dengan senyuman dan wajah yang tenang.kucupan terakhir di dahi.maaf kerana tidak dapat menahan air mata di makam.hati terasa sangat sayu.aku seorang sahaja yang bermandikan air mata di situ.aku perasan, uncle-uncle aku menahan sebak melihat aku.maksu menghadap aku lalu berkata "kenapa menangis, tadi tak kan?".kami, berjurai semuanya.aku tahu perasaan maksu aku.aku rapat sama dia...kami rapat sama beliau.tangisan tak berhenti itu hari...

semoga roh beliau di cucuri rahmat dan semoga roh beliau di tempatkan bersama golongan-golongan yang beriman.

terima kasih nenek, terima kasih untuk segalanya...merindui mu buat selamanya...

Al-Fatihah buat Zahrah binti Hussien

( 1944 - 25/10/2010 )

0 comments:

Followers

ALL RIGHT RESERVED

ALL OF THE PHOTO THAT I POSTED(nearly all) ARE CAPTURED BY ME.

ALL RIGHT OF THE PHOTO OF THE PHOTOGRAPHER'S ART WORKS RESERVED AND UNAUTHORIZED PUBLIC SHOWING AND COPYING ARE PROHIBITED.

*all of my post means something to me,so bare with it*


  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP